
Sir Stamford Raffles - Gabenor Singapura yang bertanggungjawab ke atas Kehilangan Takhta Kesultanan Melayu Singapura
Istana Sultan Hussein Shah dibaik pulih di SingapuraMakam Sultan Hussein Shah di Tengkera Melaka
Istana Sultan Hussein Shah dibaik pulih di Singapura
Sir Stamford Raffles - Gabenor Singapura yang bertanggungjawab ke atas Kehilangan Takhta Kesultanan Melayu Singapura
Semuanya berpunca daripada wang sebanyak 33,2000 (duit Sepanyol) yang diterima oleh Sultan Hussein Shah pada 02hb Ogos 1824 di hadapan Sir John Crawford, Residen Singapura, dalam satu perjanjian tipu muslihat menyebabkan Sultan Hussien Shah kehilangan taktha Kesultanan Melayu Singapura buat selama-lamanya.Istana Sultan Hussein Shah dibaik pulih di Singapura
Sir Stamford Raffles - Gabenor Singapura yang bertanggungjawab ke atas Kehilangan Takhta Kesultanan Melayu Singapura
Peristiwa malang bagi orang-orang Melayu ini berlaku di kediaman Residen Singapura itu sendiri berikutan persetujuan baginda hendak menyerahkan seluruh pulau Singapura serta pulau-pulau kecil di bawah jajahan takluk baginda kepada Inggeris asalkan diberi pampasan serta sara hidup bulanan.
Bermula pada 03hb Ogos 1826, Sultan Hussein Shah, putera sulung Sultan Mahmud Shah, Sultan Empayar Johor Riau telah kehilangan takhta Kesultanan Melayu Singapura buat selama-lamanya., lebih malang lagi, baginda bukan lagi sebagai Sultan Singapura. Sejarah telah mencatatkan, Sultan Hussein Shah terputus belanja setelah 3 bulan Inggeris tidak membayr saguhati bulanan sebanyak $ 1600 sebulan, sepertimana perjanjian dengan Sir
Stamford Raffles semasa membuka logi perniagaan pada tahun 1819.
Munshi Abdullah yang mencatatkan perihal Sultan Hussein Shah ini dalam bukunya yang masyhur "Pelayaran Munshi Abdullah" dengan rasa sedih menyatakan,." Setelah kehilangan kuasa Sultan Hussein Shah seolah-olah tidak diperlukan lagi oleh Inggeris, walaupun disediakan sebuah Istana baru yang dibuat dengan batu pada tahun 1824 pada tahun 1824 serta dikurniakan tanah seluas 23 hektar di Kampung Gelam."
Munshi Abdullah yang mencatatkan perihal Sultan Hussein Shah ini dalam bukunya yang masyhur "Pelayaran Munshi Abdullah" dengan rasa sedih menyatakan,." Setelah kehilangan kuasa Sultan Hussein Shah seolah-olah tidak diperlukan lagi oleh Inggeris, walaupun disediakan sebuah Istana baru yang dibuat dengan batu pada tahun 1824 pada tahun 1824 serta dikurniakan tanah seluas 23 hektar di Kampung Gelam."
Menurut Munshi Abdullah, Sultan Hussein Shah seorang sultan yang banyak hutang, malah punca sebenar sehingga tergadainya bumi Singapura gara-gara hutangnya yang banyak dengan tauke-tauke Cina Singapura pada zaman itu. Kerana banyak hutang dan sukar untuk membayarnya, tauke-tauke Cina telah mengadukan hal hutang Sultan Hussein Shah kepada pihak Inggeris, dengan kata lain mengadu kepada Sir Crawford yang menjadi Residen Singapura pada waktu itu.
Dari sini lah Inggeris mengambil kesempatan dengan menekan Sultan Hussein Shah supaya menjelaskan hutang tersebut, jika baginda gagal mejelaskan hutang-hutang tersebut, baginda akan dikenakan tindakan. Tipu muslihat Sir Crawford berjalan menerusi orang-orang yang rapat dengan baginda di Istana Kampung Gelam.
Pujukan halus dijalankan, Sultan Hussein Shah yang sedang tertekan dan tidak tentu arah itu dengan mudah menerima perjanjian "maut" itu, apatah lagi dengan sogokan wang sebanyak $ 32,200 yang sangat besar pada waktu itu.
Sebagai Sultan yang kehilangan kuasa, Sultan Hussein Shah meneruskan sisa-sisa hidup baginda di Istana Kampung Gelam yang dikurniakan Inggeris pada tahun 1824 dengan penuh kekesalan dan kekecewaan. Setiap saat baginda bedukacita, kecewa dan putus asa yang teramat sangat. Sehingga baginda terpaksa membawa diri ke Melaka pada tahun 1834.
Baginda sempat bersemayam di Banda Hilir Melaka, tidak sampai setahun, selepas itu, baginda gering dan mangkat di Banda Hilir pada tahun 1835 dalam usia 59 tahun. Jenazah baginda telah disembahyangkan di Masjid Tengkera dan diberi penghormatan sebagai Raja yang mangkat dan disemadikan di dalam kawasan masjid tersebut.
Beberapa Fakta Tentang Diri Sultan Hussein Shah ( daripada pandangan Munshi Abdullah )
Baginda bertubuh pendek, amat gemuk, kulit putih kuning, muka lebar, suara garau
Meninggalkan Singapura pada 07 Muhaaram 1834 menuju ke Banda Hilir dengan Kapal Diraja Kedah " Julia" membawa bersama isteri dan 2 orang puteranya.
Baginda bertubuh pendek, amat gemuk, kulit putih kuning, muka lebar, suara garau
Meninggalkan Singapura pada 07 Muhaaram 1834 menuju ke Banda Hilir dengan Kapal Diraja Kedah " Julia" membawa bersama isteri dan 2 orang puteranya.
Mangkat di Banda Hilir pada 10hb Muhaaram 1835, kerana sakit jantung ketika berusia 59 tahun, setelah gering selama 6 hari.
Semasa hayatnya, baginda selalu bersembahyang di Masjid Tengkera ( masjid India Muslim), semasa baginda mangkat, baginda, tahlilnya juga dibacakan oleh Khatib India Muslim yang bernama Mahmmud bin Musa. Jenazah baginda juga pernah cuba dikorek untuk dibawa ke Riau dan disemadikan disebelah makam ayahanada baginda, namun dihalang oleh waris-waris baginda.
Anaklaut menulis kisah yang penuh bersejarah ini adalah semata-mata untuk memberi peluang kepada sahabat-sahabat anaklaut mengetahui kisah-kisah sejarah yang boleh dijadikan pengajran dan pedoman.. Moga kisah pahit ini tidak berulang buat selama-lamanya dan di jadikan pengajaran supaya
"ANAK MELAYU TIDAK MUDAH LUPA....!!!!!!"
p/s: Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain :-
p/s: Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda... :- anaklaut

