Thursday, February 26, 2009

ASWARA DIBURU "anjinG yg hanjing!"




KESIAN,
aku tengok plajar aSWARA!

mana tak nyer, tak kira pagi petang siang malam, hari ni hari esok minggu depan atau bulan depan pasti ada yg terpaksa mnyertai larian 100 meter apabila terpaksa dikejar hanjing yang hampir berpuluh ekor dibela oleh orang yg tak bertanggungjawab!





bukan setakat di kejor tapi student ASWARA yang duduk di hostel juga terganggu gara2 nyalakkan hanjing tersebut pada waktu tengah malam

(mungkin tengah beromen kot!!!)

bagi yg amik kos tari korg tak yah penat2 wt latihan memanaskan badan atau warm-up tetapi jika pepagi naik lah LRT dh tentu korg kne jalan kaki menuju ke aswara lalu dengan bergaya sakan sambil di kejar hanjing yg gila glamour tu!....gwe pasti stamina anda akan hebat seperti sifu anda juga.





tentang hanjing ini,
sebenarnya aku dah naik jelik bile wt aduan berbillion kali pd pihak bertanggungjawab. malangnya semua aduan ditolak mentah2kerana perkara tersebut berlaku di luar kawasan ASWARA.





bagi aku sebagai manusia bukan hanjing yg tak ada otak dan tak kira orang untuk di kejor dan di gong-gongnya perlulah berfikiran secara rasional & bertanggungjawab kerana yg lalu kt padang tu pun bukan mat-pet atau peleset tetapi kebanyakkan student aswara sendiri. so salah ke kalau rasa sekelumit bertanggungjawab di atas tanggungjawab yg di amanahkan kerajaan kepada anda untuk membuat secubit tindakkan? ...apa guna tanggungjawab tersebut ....."

punyalah dekat ibubapak pejabat DBKL, tapi takkan lah nak gi wat laporan atau aduan kesana ye tak?....so apa salahnya call sahaja talian DBKL tu ...
bukan susah pun. tak kene bayar pun talian tu dibuat!!!!




dah letih dok tulis aduan aje ,
akhirnya ada lah seorang dua ketoi manusia yg betoi manusia ini menghubungi DBKL . AKHIRNYA tepat pukul 1 tengah hari (tak ingat lak tarikhnya) DBKL datang buat pemantauan. tapi yg si pembela tu pun bijak jugak. di humbanya hanjingnya yg hina tersebut ke dalam kandangnya. oleh itu, bakal terdengarlah lagi student ASWARA menjerit-jerit di kejor hanjing itu lagi.....





maka,
tak hairanlah jika kebanyakkan student ASWARA amat hebat dari segi VOCALnya....
mana taknya, selalu berlatih berteriakkan bersama hanjing apabilo di kejau nyer.....

Tuesday, February 3, 2009

SIAPA MAKAN CILI dia YANG TERASA PEdAS dan manisnya...

.....................................................................................


“ bagi aku ni semua macam SAMPAH je…!!!!! ”

HAI....
ingat dan masih terngiang-ngiang lagi kata-kata angkuh dari salah seorang hamba allah yg aku kenal masa kami meraikan kemenangan dokumentari arahan kawan aku
e-wok di festival filem pelajar Malaysia kt UPM.
Terkatup & tertutup mulot munggil aku ni bila mendengarnya.
Ingat nak membidas balik time tu tp mmg tak kne masa. Biasalah time tu kami 1 produksi tgh gembira kerana dokumentari terbabit telah menerima “the best dokumentari FFPM”. Bukan apa, rasa bangga ini mencurahkan detik-detik gembira dengan mengharumkan nama ASWARA & sekali gus mengiktirafkan karya terbabit.





Tapi tak disangka pula suara sumbang mambang
terbabit terkeluar juga dari salah seorang. Jika kata-kata tersebut terkeluar dari mulut pengarah terkenal seperti ahmad idham atau JINGGO boleh juga aku&beberapa orang kawan terima,yang nak pecah perutnye kata-kata tu terkeluar dr manusia yg tak sampai setahun jagung tuk berkarya malahan hasilnya pun tak nampak!!!....masih belajar sudah pandai mahu meludah hasil karya orang….kalau diri sehebat dan setinggi awan pun jika "bermain ludah pasti akan terpercik dimuka sendiri"!!.....



aduhai kawan,
sedarlah diri tu masih merangkak bersama. Jika rasa diri hebat brenti je blaja di aswara, pergi memperjuangkan dan jualah karya anda sebab yg ada di aswara ni pun adalah pelajar yang mahu belajar untuk berkarya bukan pelajar belajar untuk mengkritik keupayaan karya seseorang. apa yg pasti,semua yg trdengat kata-kata trsebut hanya diam 1000 bahasa. rasa kesian melihat insan yg mengkritik trsebut sbb kata-katanya tdk di sambut sesiapa. semua pekak kn telinga yg tak seberapa nak pekak ni. memang malas nak layan budak-budak tadika yang baru nak belajar bercakap. tak reti nak fikir sebelum menyemburkan kata-kata bicara. ikut sedap kata ikut sedap hati lama-lama binasa.yang tak boleh nak terima, yg ckp tu dh hampir separuh umor tuk meningkat dewasa. bukan kanak-kanak berumur 3 atau 4 tahun!



TAK MALU atau tak tahu malu
kerana mungkin cermin di rumah pecah. Tak pernah nak cermin diri sendiri dan rasa diri sudah sehebat pengkarya terkenal. Jika rasa malu wahai teman mengapa nama anda masih boleh tertulis & terpapang di poster dokumentari tersebut. Paling pelik, juga kenapa masih datang & duduk di kerusi peserta FFPM kalau rasa malu hasil karya macam sampah!!!!!



Apa pun,
Aku sangat mengkagumi kawan yg juga director dokumentari tersebut e-wok. Bukan kerana karyanya tetapi sifat sopan santun & semangat kental di dalam dirinya. Sentiasa tidak bermegah-megah dan memperjuangkan kaum aslinya membuatkan aku bangga akan pemuda tersebut. Walaupun mungkin terdapat sedikit celaan terhadap suntingan dokumentarinya tetapi aku faham mengapa semua ni terjadi. Masa & keadaan menyempitkan sedikit ruang-ruang kreatif ini untuk berkembang mendapatkan yang terbaik.



CENUWAI
bercerita mengenai dokumentari cenuwai arahan ewok, ia adalah mengenai sebuah minyak yang telah digunakan oleh masyarakat orang asli yg seakan-akan miyak pengasih. pengambaran telah dilakukan di kampung ewok sendiri iaitu kg.tual,pahang.


menurut ewok,
dokumentari ini dihasilkan bg memberi info kpd masyarakat ramai supaya tdk memandang serong terhadap pengguna minyak cenuai( minyak pengasih ) sebaliknya dia cuba memberi impak yg positif jika penggunaanya tdk disalah guna selain mahu menunjuk cara sebenar kehidupan masyarakat orang asli.


perbezaan kehidupan
di sana amat berbeza! bagi aku ia terlampau harmonis tatkala layanan yang diberi kepada aku & kengkawan. orang disana sangat ramah.suka tersenyum manis. tapi malu-malu. ya! mereka sangat pemalu!....mereka juga sangat suka memerhati kami. tak silap aku ewok ada kata jarang ada orang luar yang bisa memijakkan kaki kesitu. dan kami adalah antara beberapa orang pelawat yang pernah datang ke situ. apa pun ewok sangat perihatin apabila dia sejak awal sudah buat persiapan yg rapi dari dari segi tempat tinggal sampai ke peralatan memasak semua mencukupi.


paling aku terkejut
melihat rumah penginapan yg kami duduk mempunyai nyalaan elektrik. bayangkan puluhan batu kami ke penghujung dunia, dengan ketinggian yg kami redah namun kemudah elektrik masih ada. walaupun hanya menggunakan jenerator tetapi ia sudah lengkap bagi kami.


haaaa......
meneruskan tentang apa itu cenuwai sebenarnya minyak cenuwai ini diperbuat daripada tumbuhan yg mengeluarkan aura semula jadi dengan tujuan baik iaitu mengikat dan mengukuhkan ikatan antara suami isteri. penggunaan minyak ini telah menjadi satu inspirasi ewok untuk ditonjolkan dalam bentuk karya visual kepada masyarakat luar bahawa sebilangan besar masyarakat orang asli masih menggunakan dan mengamalkan tradisi ini untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka.


bagaimanapun,
membuat minyak cenuai ni terpaksa menjalani beberapa proses seperti ada upacara ritual serta banyak lagi. dan sepatutnya di dalam satu shot ada menunjukkan ewok kene makan seekor katak sungai yang agak besar tetapi shot ini tidak dapat di buat kerana time itu aliran sungai sangat deras kerana sepanjang hari hujan. aku rasa upacara ni tak wajib tapi jika di teruskan mungkin kualiti hasil minyak tersebut bertambah 'power' laa.........kikikii...


kalau kita lihat,
sebenarnya dalam shot ni dorang sedang mencari satu jenis tumbuh-tumbuhan ( aku luper nama pokok tu) tapi apa yang aku ingat pokok tu sebenarnya amat susah nak dapat. ia hanya berada di celah-celah batu yg hanya tumbuh di sekitar air terjun.( nak cerrita memang susah sebab aku tak tahu nak bagi ayat apa) .


tapi sayang seribu kali sayang
sebab shot tu tak dapat nak diambil. ini semua atas faktor keselamatan. sebab keadaan hujan sepanjang hari menyebabkan aliran air sungai jadi sangat deras. apa yang boleh dilakukan kami terpaksa shot kat atas batu besau ni. emmm....tapi jangan ingat ia perkara mudah. lihatlah! dengan keberanian dan kebijaksanaan mereka dengan mudah dapat naik ke atas batu besar ni. haaaaaaaaaa.... kalau aku nak di suruh pikir macam mana nak naik atas offcos ar aku akan guna tangga ataupun kalau boleh bina liff 10 tinggat tuk sampai ke atas batu tu. hihihi...........tapi dorang ni memang kreatif dan mengguna sepenuhnya keistimewaan alam!


apa yang penting,
bagi aku dan momoy yg telah diberi amanah untuk menjadi PM dlm produksi ini adalah satu pengalaman yg amat berharga. bagi aku bukan setakat dapat menghasilkan dokumentari ini, tetapi pengalaman ke perkampungan orang asli tersebut yg tidak dpt di ungkap dan dijual beli!apa yang paling penting disana aku perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabatku momoy kerana sentiasa memberi aku semangat serta byk membantu aku dari semua aspek!


kesempatan,
yang amat berharga ini aku gunakan sebaik mungkin. pada waktu itu aku diminta menjadi tukang masak untuk krew2. tak nafikan aku memang minat giler masak. ingat lagi sebelum aku masuk ke aswara aku pernah menghadiri temuduga untuk sambung belajar dalam bidang kulinari ke IKB,aku juga pernah memohon untuk masuk belajar ke FIM (FOOD INSTITUT MALAYSIA) tetapi aku terpaksa menolak selepas berfikir panjang.
bayangkan lah dalam suasana yang serba serbi kurang tambahan pula di tempat orang membuatkan aku agak kaku.dan tak nafikan keadaan aku yg tidak sihat di tambah pula penat selepas shoting lepas tu kne plak masak untuk kengkawan,jadi kepenatan tu hanya tuhan sahaja yg tahu.


terima kasih,
yg amat sangat kepada ewok sekali lg kerana memberi tugasan kpd aku&momoy serta 3 rakan yg lain (arip,penyek&pulah). memang tak dinafikan pd mulanya aku enggan ikut serta sbb takut kemudahan yg ada kt sane terutamanya tandas. tapi setelah melihat kesungguhan dan semangat dr momoy&ewok membuatkan semua persepsi negetif aku di buang jauh-jauh.


aku bangga,
dengan ewok dan semua penduduk kg. tual(perkampungan orang asli)kat situ. dari bebudak kecik, remaja dan dewasa kerana mereka sungguh bersemangat melalui kehidupan tanpa sedikit pun merasa kecewa di tinggalkan arus kemodenan hidup masa kini.


aku melihat,
aku melihat semangat mereka jika dibentuk dan di bawa ke hadapan mungkin satu hari nanti ada yg boleh memimpin negara!,menjadi atlet,malah mampu memenuhi untuk menjadi siswa&siswi di unerversity tempatan negara. cuma siapakah yg akan memperjuangkan nasib mereka?


bersyukur,
melihat keadaan itu aku hanya mampu bersyukur dengan yg esa kerana meninggalkan baki masyarakat sedemian yg benar-benar menghargai alam semula jadi, kekeluargaan, semangat kental dan berani seperti mereka.


tabik spring,
tengok keberanian mereka meredah arus sungai deras, dengan kanak2 4,5 tahun sudah pandai melawan arus air terjun serta berjalan berpuluh-puluh kilometer serta sanggup menunggu seawal 5 pagi untuk mengikut dan melihat kami ke mana sahaja location untuk shoting.


bila mengintai tingkap,
aku pasti ternampak kelibat kanak-kanak yg menunggu di sekitar rumah penempatan kami tinggal tu. bukan apa, dorang ni sebenarnya nak ikot dan tengok kami shoting.


kagum
gila bila aku tengok hampir kesemua kanak-kanak orang asli ini pandai berenang! bukan tu ajaer dorang sempat menunjukkan aku cara menyelam dan menangkap ikan menggunakan tangan. kalau kau nak tangkap ikan kene guna pancinglah,mata kail la, umpan la, alik-alik tunggu 4 jam sekor ikan pn masih tak dapat lagi tapi dorang ni tak sampai sepuluh minit dah dapat sekor ikan!


paling dasyat,
bila tengok sekumpulan remaja lelaki ni terjun & berenang melawan arus yang deras!
haaaaa..........hati aku kata woooow ini baru berani bep!...setakat mat rempit yg tunggang moto kt areal KL tu bg dorang ni kalau dapat agaknya macam tunggang sipot babi ek... celah gigi kot,entah-entah tak pandang. kalau lah aku ni menteri sukan malaysia dah lama aku amik dorang ni jadi atlet negara dalam bidang renang!mesti banyak rekod baru tercipta. tak payah lah nak masuk clas renang. tapi siapakah yang dapat melihat dan mampu mengangkat bakat-bakat mereka ini????



hakikatnya,
keberanian & kekuatan kanak-kanak dan remaja ini cukup memberi tamparan kepada bebudak lelaki zaman sekrang yang kebanyakkannya MANJE!....... bukan nak kutuk tapi itu memang benar. banyak kawan-kawan aku yang getik nya mengalahkan perempuan. bagi aku manje bukan dari segi sifat tapi perangai. ada sorang kawan aku ni sangat memilih makanan sampai kerang & siput sedot pun tak nak makan bukan sebab ada elegik tp geli dan malas nak kopek! ....kalau perempuan aku leh terima lagi. ada tu kalau bab bergaduh dia yang paling berani paling kuat tapi bila bab bantu embantu dia paling malas dan berat tulang. siap benci kata nak balik kampung sebab tak tahan dengan keadaan kampungnya yg banyak nyamuk,panas dan cukup tak selesa. hai lelaki.........


sedih,
untuk aku meninggalkan perkampungan tersebut. masih segar di ingatan kenangan pahit manis ke sana. jika diberi peluang aku masih teringin ke sana bukan setakat untuk berkarya tetapi mahu cuba hidup dengan semangat mereka!!!


dan semasa memberi hadiah tersebut kami semua telah menghiburkan kanak-kanak tersebut dengan meminta mereka menyanyikan lagu kebangsaaan negeri pahang serta membuat kuiz, saper jawab dapat hadiah. haaaa....apa lagi berebut-rebut lah dowang nak menjawab!!!


.......semasa disana aku hanya mampu beri sebeg pakaian terpakai dan cenderamata yg aku kumpul sejak dari sekolah rendah lagi ( komik dragon ball dari episod 1 sampai 36 untuk di berikan kepada kanak-kanak disana, majalah serta poskad bergambar.)
paling seronok, masa hari terakhir kat sana aku sempat masak cucur dan menyuapkan kepada mulot sebilangan kanak-kanak dan remaja yg setia menunggu kami di perkarangan penempatan kami.


percayalah,
"aku amat bangga mengenali seseorang yang bernama ewok!!!!!!"
kagum menemui penduduk kg.tual dengan mengenali beberapa kanak-kanak seperti alia dan ramai lagi (minta maaf tak ingat nama mereka kerana kebanyakkan nama penduduk sangat pelik, paling aku ingat ada seorang kanak-kanak tu nama dia 'tandas')


dan terima kasih kepada semuA!!!!............

tapi disini yang membuatkan aku sedikit berduka cita dan kecewa kerana sehingga sekarang aku&momoy masih belum dapat cd copy cenuwai dimana bukan setakat sesaat bahkan sepenuhnya untuk melihat hasil kerja karya tersebut. dah minta byk kali tapi yg menyimpan copy tu hanya buat2talak tau atau dh tau tp wat2 tak tahu....huhuhu... sedangkan ada diantara kawan aku yg tak tahu apa tetiba dah tengok ...emmm...fikir-fikirkan kesudahan propaganda tersebut!
......................................................................................



“ hidung tercacak keawan, mulut mencanang diri”



Adalah seorang hamba allah yg sekarang ni tak tahu kenapa mukanya bagaikan tahi cicak memandang bumi. Bukan apa, nak kata hidungnya mancung sampai jalan pun nak tertonggak-tonggak tak gak. Nak kata hidungnya kemek macam babi tonyok pun tak tahu lah. Apa yang pasti sekarang ini sikap nya tak ubah macam singa masuk Bandar. Gaya dan percakapannya belagak dan angkuh, ramai yang terperasan dengan sikap yg hampir 2000% berubah dari sebelum ni.

Masa sem 1,
Kalau nak makan pun semeja tapi sekarang dah tak nak dah. Maklumlah agaknya diri bagaikan kerabat diraja makan dengan rakyat tak nak duduk semeja sebab tak sedarjat. Padahal meja yang digunakan pun sama jenis dengan kekita. Tapi ada juga raja yg sedar diri dia semua adalah manusia dengan makan di meja yang sama dengan manusia.

Paling kelakar,
Masa nak bincang pasal satu eksigment bahasa melayu. Dengan suara yang garau ala-ala keldai menarik hingus & sambil memakai mickrofon ( suara lantang) mencanangkan dirinya yang dapat “A dalam sejarah”…..( hei, SPM aku dapat A dalam SEJARAH aku tahu lah) …..hahahahah…….. kawan aku yang suam-suam ubi keladi pun ada yang dapat A , ini kan aku yang bodoh ni pun dapat A plus-plus tak mencanang kepada orang pun…..oh!...mungkin si mamat ni kekurangan PERHATIAN kot time nak bagi cadangan takut cadangan anda ditolak…atau nak suroh semua kepala yang ada kat situ ikut jek punggung ko ke mana sahaja. Hei! Bukan ko sorang je yang ada cadangan, budak yang tak dapat A dalam SEJARAH pun ada cadangan yg lebih bijak dr cadangan yg ala-ala tahi lembik di baling ke muka……time si mamat ni kata macam tu semua bebudak dalam clas tu terdiam dengan kebodohan mulutnya yg tak reti nak fakir sebelum sebut!

Kesimpulannya,
Tak kira ko, aku atau kamu pandai atau bodoh pun yang penting memberi peluanglah kepada manusia lain untuk memberi pendapat atau cadangan. Dengar dan pilihlah yang terbaik masa nak buat keputusan,cadangan siapa yg boleh di terima. Semua orang ada hak memberi cadangan dan tiada sesiapa yg mempunyai hak untuk menyekatnya.
Tiada erti kata “aku pandai so korang kena terima cadangan aku.”…………
Orang yang menyekat dan mengangkat bakul berisi isi sendiri akhirnya terpaksa mengangkat bebanan berat akibat keburukkan diri.

KEHILANGAN & KEKECEWAAN aku...



ANISA BT SELAMAT, adalah sahabat yg paling akrab dgn aku. perkenalan aku & dia sejak darjah 4 time tu kami satu sekolah sama2. aku & dia semakin rapat time tingkatan 1 sehingga tamat usianya 18 tahun .

tuhan lebih sayangkan dia,
4hari aku kat rumah selepas 25 mei aku pulang dr serawak (PLKN) time tu aku tengah sebuk nak siap-siap untuk kuliah pertama anisa menghembuskan nafasnya yg terakhir!......Masih aku ingat lagi,abang arwah memberitahu aku untuk siap2sebab nak ambik aku untuk ke pengkebumian arwah!!.......


"TUHAN LEBIH SAYANGKAN KAU ANISA..."

YA ALLAH!!
sesungguhnya kau maha mengetahui! hati aku mmg remuk & tak percaya tapi aku tak nangis sebab tak tahu kenapa. aku hanya diam dalam kereta abang arwah. sampai aje kat sne (pukul 11pagi) aku nampak sekujur tubuh arwah anisa kaku&pucat. aku tak tahan lalu terus keluar&menjerit menangis......

mak arwah terus peluk aku. dia kata sebelum arwah meninggal dia sempat tulis sesuatu kt diari dia pasal aku. "dia minta kalau nyawa adik dah habis tolong berikan diari ini kpd fasihah." arwah juga ada menyimpan gambar kami sewaktu mewakili sekolah dalam acara olahraga (time tu aku amik 80meter berpagar) dan dilekatkan pd ayat-ayat kat diari tu.

demi allah!
aku memang tak sanggup lihat arwah dah tak bernyawa. korang bayangkan arwah satu-satunya kawan yg paling rapat yg aku ada. walaupun semua orang tak tahu tapi itu bukanlah masalah bg aku&arwah.

persahabatan,
aku&arwah memang rapat kat sekolah. naik menengah kami selalu kongsi masalah,cerita sama-sama. arwah juga agak tomboy dan persis lelaki. oleh sebb tu aku takut nak ajak arwah ke rumah sbb takut mak aku tak pekenan. kami perangai sama-sama. gila-gila,kuat sukan&suka aktiviti lasak. kalau petang-petang kiteorang selalu round2 taman naik motor.kadang2naik basikal,gi pasar malam, lepak2kat tepi padang sambil borak2.

tapi kami sering tak sama pendapat. selalu gak bertengkar tapi akan baik balik. selama aku kawan dgn arwah tak pernah sakitkan hati aku. arwah tak pernah marah2,kalau nak apa-apa dia suka berterusterang. aku pulak memang hormat sangat kt arwah. jadi persahabatan kami memang jujur&ikhlas.

pernah satu masa dulu ada kawan yg cakap belakang pasal aku. arwah terus tak nak kawan dengan budak tu. rupanya arwah bergaduh dengn budak tu sbb nk pertahankan aku.
bila aku dapat tau perkara tu pertama kali aku nangis depan dia.

aku juga ingat time berkemah dulu arwah pernah demam & aku jaga dia. tiba2 masa aku nak buang sampah kat luar kemah arwah nampak kaki aku lebam. arwah diam2pergi amik air panas dalam botol kat khemah cikgu aku pastu dia suruh aku tuam kt kaki yg lebam tu.

arwah memang macam tu,
dia kalau nak tolong orANG mesti diam2 jek. arwah kata kalau nak tolong orang tak yah nak bising2 sbb nampak cm riak. biar orang tak tau yg ko tgh tolong orang janji semua tu ikhlas.



aku tahu ajal maut ditangan tuhan tapi aku betul-betul rasa kehilangan. arwah meninggal sebb sakit tumor dalam otak. rahsia arwah ttg penyakitnya bukan je pada aku tp semua!!!!!! hanya abg arwah je yg tahu tu pun dia yg bawa arwah ke hospital. arwah rahsia sebb tak nak menyusahkan dan merisaukan semua orang. sehingga ke akhir hayatnya.

sebelum arwah pergi,
arwah memang berubah 100%!!!!!!...........kenapa aku cakap macam tu sbb itu memang kenyataan. 3 bulan sebelum menghebuskan nafas arwah yg dulunya macam laki totaly perfect berubah pakai tudung!!.......jenis tudung pun bukan macam wahidah atau bienda tapi pakai tudung bulat. tuttur kata arwah pun berubah jd lemah lembut. kalau ada kawan lelaki yg dtg singgah lepak2kat rumah dia aku perasan arwah menundukkan penglihatannya.arwah juga dah tak melepak tapi asyik duduk kt rumah je.

tapi aku perasan muka arwah agak pucat selain arwah nampak cengkung. bibir dia pun sentiasa kering. cuma aku merasa sangat tersentuh kerana arwah tak pernah berkira semasa aku kat PLKN dlu arwah selalu telifon aku sampai berjam-jam lamanya. arwah banyak bagi aku semangat & kami bercerita tak ingat dunia.



walaupun arwah dah tiada tapi aku tetap kenang persahabatan terbaik yg aku miliki ni.
biarpun hampir setiap bulan air mata pasti akan mengalir tetapi bairlah aku pendam&simpan perasaan duka seorang diri. arwah tiada tetapi kenangan bersamnya tetapi segar di ingatan.

bagi aku semua ini sudah tertulis dan aku bersyukur kepada ilahi kerana arwah pergi dalam keadaan suci biarpun menderita merahiskan tentang penyakit yg dialami.

biar pun selepas ni beribu juta kawan yg aku jumpa tetapi arwah anisa tiada penukar ganti!!!!

aku doakan kau sentiasa kekal abadi dlm golongan mukmin sejati "AL-FATIHAH"




.....................................................................................




kawan baik aku time kecik,

baby,hafiz,asif
masih still menjadi kawan aku. tapi bile dah besar ni dah tak serapat dulu. dorang dah makin malu2 plak. tapi bila berjumpa tegur sapa tu tetap ada. bila dah bertegur alamatnya beborak sambil melepak lah kami di kedai mapley.

cuma aku agak sedih kerana kawan baik aku hafiz abang kepada baby sekrang ini telantar sakit. masih teringat lagi kenangan kami bersama. terlalu banyak!!!!!.......
bila umur aku naik 19tahun, time tu aku sedang belajar kat ILP. satu hari tu tetibe je aku baca yasin.hati terasa syahdu tak tahu kenapa. seingat aku time tu bulan mac. tiba-tiba aku dapat panggilan dari kakak mon, hafiz kemalangan kt taman counogt sekarang tengah kome kat HUKM! kepala sebelah hancur,tulang punggung juga. keaadaan memang kritikal.

time dengar tu hanya tuhan je tahu,
mula-mula aku terdiam pastu badan rasa lemah, air mata mula jatuh!aku mmg tak dapat tahan lagi air mata. tapi aku taknak nangis depan kawan2 sbb aku kalau boleh taknak menyusahkan dorang tuk bersimpati atas nasib aku.

aku nangis diam2 dalam tandas surau.
nak ke HUKM tak boleh sbb mana ada kerenderaan lagi pun minggu ni aku tak dpat balik sbb abyk eksgmint nak buat. jadi sudah 2 bulan hafiz masih dalam kome. kuasa allah maha kaya. hafiz diberi kesempatan hidup setelah hampir 3bulan kome. setelah keluarga hafiz bertukus lumus mengadakan bacaan yasin untuk dia, alhamdulillah tuhan bg kesempatan untuk hafiz hidup.

walaupun kini hafiz
lumpuh dan tidak normal(hilang ingatan&cacat seumur hidup), tapi bagi aku dia tetap sahabat aku. memang tak dinafikan aku tidak sanggup tuk melihat keadaan dia sebab dia kawan aku yg aku kenal dahulu tidak sama sekarang namun aku redho sbb apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.

aku juga kecewa
dengan diri sendiri sebab tak pergi melawat hafiz sekarang yg terlentar di rumah sahaja. aku tak sanggup! sedih!......aku hanya memesan gambar& meminta adiknya menyampaikan kat hafiz sebab semasa kami berkawan aku tahu mak dia tak berapa suka dengan pergaulan kami. ini sebab kerana kami "BERLAINAN JANTINA."

masih aku ingat lagi seringkali
semasa kami sedang bermain mak hafiz marah2 sbb aku ada. kadang2 aku&hafiz dilarang beramian bersama dan hafiz tak dibenarkan keluar lagi sebab hafiz akan ajak aku main bersama.

tapi tu semua kisah lama, namun sampai sekarang masih aku terasa. maafkan aku hafiz sabab tak menjenguk mu! sesungguhnya aku ttp ingat kt ko!