
ANISA BT SELAMAT, adalah sahabat yg paling akrab dgn aku. perkenalan aku & dia sejak darjah 4 time tu kami satu sekolah sama2. aku & dia semakin rapat time tingkatan 1 sehingga tamat usianya 18 tahun .
tuhan lebih sayangkan dia,
4hari aku kat rumah selepas 25 mei aku pulang dr serawak (PLKN) time tu aku tengah sebuk nak siap-siap untuk kuliah pertama anisa menghembuskan nafasnya yg terakhir!......Masih aku ingat lagi,abang arwah memberitahu aku untuk siap2sebab nak ambik aku untuk ke pengkebumian arwah!!.......

"TUHAN LEBIH SAYANGKAN KAU ANISA..."
YA ALLAH!!
sesungguhnya kau maha mengetahui! hati aku mmg remuk & tak percaya tapi aku tak nangis sebab tak tahu kenapa. aku hanya diam dalam kereta abang arwah. sampai aje kat sne (pukul 11pagi) aku nampak sekujur tubuh arwah anisa kaku&pucat. aku tak tahan lalu terus keluar&menjerit menangis......
mak arwah terus peluk aku. dia kata sebelum arwah meninggal dia sempat tulis sesuatu kt diari dia pasal aku. "dia minta kalau nyawa adik dah habis tolong berikan diari ini kpd fasihah." arwah juga ada menyimpan gambar kami sewaktu mewakili sekolah dalam acara olahraga (time tu aku amik 80meter berpagar) dan dilekatkan pd ayat-ayat kat diari tu.
demi allah!
aku memang tak sanggup lihat arwah dah tak bernyawa. korang bayangkan arwah satu-satunya kawan yg paling rapat yg aku ada. walaupun semua orang tak tahu tapi itu bukanlah masalah bg aku&arwah.
persahabatan,
aku&arwah memang rapat kat sekolah. naik menengah kami selalu kongsi masalah,cerita sama-sama. arwah juga agak tomboy dan persis lelaki. oleh sebb tu aku takut nak ajak arwah ke rumah sbb takut mak aku tak pekenan. kami perangai sama-sama. gila-gila,kuat sukan&suka aktiviti lasak. kalau petang-petang kiteorang selalu round2 taman naik motor.kadang2naik basikal,gi pasar malam, lepak2kat tepi padang sambil borak2.
tapi kami sering tak sama pendapat. selalu gak bertengkar tapi akan baik balik. selama aku kawan dgn arwah tak pernah sakitkan hati aku. arwah tak pernah marah2,kalau nak apa-apa dia suka berterusterang. aku pulak memang hormat sangat kt arwah. jadi persahabatan kami memang jujur&ikhlas.
pernah satu masa dulu ada kawan yg cakap belakang pasal aku. arwah terus tak nak kawan dengan budak tu. rupanya arwah bergaduh dengn budak tu sbb nk pertahankan aku.
bila aku dapat tau perkara tu pertama kali aku nangis depan dia.
aku juga ingat time berkemah dulu arwah pernah demam & aku jaga dia. tiba2 masa aku nak buang sampah kat luar kemah arwah nampak kaki aku lebam. arwah diam2pergi amik air panas dalam botol kat khemah cikgu aku pastu dia suruh aku tuam kt kaki yg lebam tu.
arwah memang macam tu,
dia kalau nak tolong orANG mesti diam2 jek. arwah kata kalau nak tolong orang tak yah nak bising2 sbb nampak cm riak. biar orang tak tau yg ko tgh tolong orang janji semua tu ikhlas.

aku tahu ajal maut ditangan tuhan tapi aku betul-betul rasa kehilangan. arwah meninggal sebb sakit tumor dalam otak. rahsia arwah ttg penyakitnya bukan je pada aku tp semua!!!!!! hanya abg arwah je yg tahu tu pun dia yg bawa arwah ke hospital. arwah rahsia sebb tak nak menyusahkan dan merisaukan semua orang. sehingga ke akhir hayatnya.
sebelum arwah pergi,
arwah memang berubah 100%!!!!!!...........kenapa aku cakap macam tu sbb itu memang kenyataan. 3 bulan sebelum menghebuskan nafas arwah yg dulunya macam laki totaly perfect berubah pakai tudung!!.......jenis tudung pun bukan macam wahidah atau bienda tapi pakai tudung bulat. tuttur kata arwah pun berubah jd lemah lembut. kalau ada kawan lelaki yg dtg singgah lepak2kat rumah dia aku perasan arwah menundukkan penglihatannya.arwah juga dah tak melepak tapi asyik duduk kt rumah je.
tapi aku perasan muka arwah agak pucat selain arwah nampak cengkung. bibir dia pun sentiasa kering. cuma aku merasa sangat tersentuh kerana arwah tak pernah berkira semasa aku kat PLKN dlu arwah selalu telifon aku sampai berjam-jam lamanya. arwah banyak bagi aku semangat & kami bercerita tak ingat dunia.

walaupun arwah dah tiada tapi aku tetap kenang persahabatan terbaik yg aku miliki ni.
biarpun hampir setiap bulan air mata pasti akan mengalir tetapi bairlah aku pendam&simpan perasaan duka seorang diri. arwah tiada tetapi kenangan bersamnya tetapi segar di ingatan.
bagi aku semua ini sudah tertulis dan aku bersyukur kepada ilahi kerana arwah pergi dalam keadaan suci biarpun menderita merahiskan tentang penyakit yg dialami.
biar pun selepas ni beribu juta kawan yg aku jumpa tetapi arwah anisa tiada penukar ganti!!!!
aku doakan kau sentiasa kekal abadi dlm golongan mukmin sejati "AL-FATIHAH"
.....................................................................................

kawan baik aku time kecik,
baby,hafiz,asif
masih still menjadi kawan aku. tapi bile dah besar ni dah tak serapat dulu. dorang dah makin malu2 plak. tapi bila berjumpa tegur sapa tu tetap ada. bila dah bertegur alamatnya beborak sambil melepak lah kami di kedai mapley.
cuma aku agak sedih kerana kawan baik aku hafiz abang kepada baby sekrang ini telantar sakit. masih teringat lagi kenangan kami bersama. terlalu banyak!!!!!.......
bila umur aku naik 19tahun, time tu aku sedang belajar kat ILP. satu hari tu tetibe je aku baca yasin.hati terasa syahdu tak tahu kenapa. seingat aku time tu bulan mac. tiba-tiba aku dapat panggilan dari kakak mon, hafiz kemalangan kt taman counogt sekarang tengah kome kat HUKM! kepala sebelah hancur,tulang punggung juga. keaadaan memang kritikal.
time dengar tu hanya tuhan je tahu,
mula-mula aku terdiam pastu badan rasa lemah, air mata mula jatuh!aku mmg tak dapat tahan lagi air mata. tapi aku taknak nangis depan kawan2 sbb aku kalau boleh taknak menyusahkan dorang tuk bersimpati atas nasib aku.
aku nangis diam2 dalam tandas surau.
nak ke HUKM tak boleh sbb mana ada kerenderaan lagi pun minggu ni aku tak dpat balik sbb abyk eksgmint nak buat. jadi sudah 2 bulan hafiz masih dalam kome. kuasa allah maha kaya. hafiz diberi kesempatan hidup setelah hampir 3bulan kome. setelah keluarga hafiz bertukus lumus mengadakan bacaan yasin untuk dia, alhamdulillah tuhan bg kesempatan untuk hafiz hidup.
walaupun kini hafiz
lumpuh dan tidak normal(hilang ingatan&cacat seumur hidup), tapi bagi aku dia tetap sahabat aku. memang tak dinafikan aku tidak sanggup tuk melihat keadaan dia sebab dia kawan aku yg aku kenal dahulu tidak sama sekarang namun aku redho sbb apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.
aku juga kecewa
dengan diri sendiri sebab tak pergi melawat hafiz sekarang yg terlentar di rumah sahaja. aku tak sanggup! sedih!......aku hanya memesan gambar& meminta adiknya menyampaikan kat hafiz sebab semasa kami berkawan aku tahu mak dia tak berapa suka dengan pergaulan kami. ini sebab kerana kami "BERLAINAN JANTINA."
masih aku ingat lagi seringkali
semasa kami sedang bermain mak hafiz marah2 sbb aku ada. kadang2 aku&hafiz dilarang beramian bersama dan hafiz tak dibenarkan keluar lagi sebab hafiz akan ajak aku main bersama.
tapi tu semua kisah lama, namun sampai sekarang masih aku terasa. maafkan aku hafiz sabab tak menjenguk mu! sesungguhnya aku ttp ingat kt ko!

No comments:
Post a Comment