Tuesday, June 2, 2009

Generasi sekarang untung , generasi dahulu merasa….

Generasi sekarang untung , generasi dahulu merasa….
Bebudak sekarang yang bersekolah rendah&menengah sekarang amatlah beruntung kerana merasa zaman moden yang serba canggih,banyak hasil penciptaan baru,barangan elektronik yang semakin hebat dan tak pernah terpikior di kepala. Banyak contoh yang dapat kita lihat antaranya sekarang penggunaan internet yg menggunakan wyless, tv LCD dan sebagainya.

Selain daripada itu generasi sekarang sangat beruntung kerana kebanyakkan mereka sudah pandai & bijak melayari dunia ICT. Aku juga banyak melihat generasi sekarang kebanyakkannya mempunyai laptop peribadi sendiri& juga PC dirumah masing-masing.

Mungkin daripada pengamatan aku kemudahan ini semua memang banyak membantu mereka & menjadi hiburan no.1 untuk generasi sekarang. Berbeza dengan zaman aku. Kalau petang start pukul 5, aku dah tak sabar2nk keluar bertemu dgn kwn2 yg juga jiran2 aku. Ini dah menjadi satu kewajipan bagi aku&kengkawan untuk bermain di luar rumah. Lagi ramai kawan yang ada lagi syiok ooo… bermain kejar2,gala panjang, bola sepak, bola cop, nyorok2, badminton adalah antara permainan pilihan kami zaman itu.

Kadang-kadang kami akan bersiar2satu taman perumahan kami sampailah ke taman perumahan lain dengan basikal. Disebabkan kenakalan&kedegilan aku&kengkawan kami selalu merayau sehingga senja. Masih teringat lagi di otak aku tentang satu pengalaman aku& dua orang sahabat karip bernama hafi&baby. Time ni kami semua dah bosan jejalan kat taman sendiri so kami pn gi r satu jalan shotcut untuk ke balakong&kajang. Dalam perjalanan ke sana tiba-tiba kami terjumpa sebuah tasik yg kawan2lain tak pernah jumpa. Apa lagi gembira sakan lah kitaorang sebb dh jumpa 1 port best yg orang tak tahu. Kami pn patah balik&balik ke rmh masing2. tujuannya 1, kami nak gi memancing. Yang aku ni sampai sanggup gali tabung katak aku yg tak pernah nak penuh semata-mata nak beli tali pancing,mata kail & umpan(pakai umpan udang basah yg murah,aku masih ingat aku bli di kedai buruk seorang tokey Indonesia. Time tu aku bli 2.00) bila melihat jam di tangan menunjukkan pukul 5,maka kami perlu berkumpul di depan rumah baby.

Bila kami dh berkumpul, masing2muka tak sabar tuk menjalankan misi memancing masing2.biasalah budak Bandar macm kami ni kalau jumpa sungai ke,laut ke, tasik ke, pasti akan jadi batak sekejap. Kmi pn bertolak..sampai kat sana tiba-tiba kami lihat tempat tu dah jadi lain macam plak. Masa mula2kami datang tu airnya tak ada lah penuh/macam tak dalam sangat. Terpikior jg taklah a\tasik ada air pasang jugak kan. Kami lihat ada beberapa teratak&pondok usang yg tah spe duduk semua dah tinggal separuh sebab di telan air. Kami pn berpandangan antara satu sama lain. Tiba-tiba kami dapati ada seorang abang berambut panjang yg datang kearah kami. Dia kemudian hanya memandang kami pn hanya lah melihatnya sahaja. Di sebabkan hafiz merasa tak sedap hati aku pn memberanikan diri bertanyakan kepada abg berambut panjang tadi tentang mengapa keadaan tasik ni berbeza daripada sebelum kami datang. Punyalah terkejut n seram sejuk aku dibuatnya pabila abg td membalas balik tasik ni berpuaka. Tanpa sempat pn kami memasang mata kail& umpan kami pn terus berlari menuju ke basikal masing2tuk dptkan basikal kami. & aku mcm biasa merasa sgt rugi dgn apa yg aku dh beli terutama umpan kami tu. Aku pn minta baby temankan aku tuk membuang kesemua umpan udang tersebut kedalam tasik. Semasa kami hendak buang akan umpan tersebut tiba-tiba aku tenampak tali pancing tah siapa punya lak bergerak2. aku suroh baby tlg usha kan&kami tak menyangka rupa2nya tali pancing tu dh ada ikan yg telah terperangkap. Ikannya sangat pelik sebab ekornya bersambung dengan badannya. Disebabkan baby nak maka ikan tersebut dibelanya sehingga sekarang.

Bila aku dah besar (masa tu umur aku dalam tingkatan 2) aku ada gi cari tasik tersebut tapi malangnya tasik tersebut dah tak ada. Aku dapati tasik tersebut sudah ditambak & ada projek apartment bakal di dirikan di atas tanah tambakkan tersebut. ohh…malang giler lah sebab adakah kami generasi last kanak2yg menjumpai tasik tersebut? emmm….enggak tahulah aku ….

Apa2pn perbezaan generasi aku dengan zaman sekarang memang jauh beza. Apa permainan yang aku main sekarang tak di layan langsung oleh generasi sekarang. Apa yang kami rasa , generasi sekarang tak merasa. Yang penting bagi aku zaman dahulu aku penuh dengan kepuasan&kebebasan. Apa yang pasti sekarang bila petang tiba, jarang aku lihat bebudak bermain permainan yang kami main dahulu. Kebanyakkan kanak2ni semua lepak kat rumah main ps2,on9 dan sebagainya.
Jadi , perjalanan mereka ini amat berbeza. Mereka tidak merasa apa yang kami rasa.







No comments: